[VIDEO] Gadis Kongsi Kisah Dengar Suara MISTERI Dalam Mimpi Yang Buat Hatinya Terbuka Terima ISLAM !!! -

loading...
[VIDEO] Gadis Kongsi Kisah Dengar Suara MISTERI Dalam Mimpi Yang Buat Hatinya Terbuka Terima ISLAM !!! | Seorang gadis bernama Anna Farhana Tanaka yang telah selamat memeluk agama Islam telah berkongsi kisah beliau sebelum memeluk Islam dan bagaimana hidayah berjaya masuk dalam hatinya untuk berubah pegangan agamanya.
Gadis berumur 22 tahun yang berasal dari osaka jepun ini mula mendalami tentang Islam semasa sekolah menengah tinggi apabila menyertai program pertukaran pelajar dengan pelajar Malaysia. Menurut anna, sebelum ini beliau mempunyai pandangan yang cukup negatif tentang Islam dan tidak pernah menyangka yang dia akan memeluk agama Islam.
Selepas bergaul dengan pelajar daripada Malaysia, dia didedahkan tentang agama Islam seperti kenapa perlu berhijab, bertudung labuh dan kenapa Islam melarang memakan daging khinzir dan arak dan sebagainya. Selepas mengetahui semua larangan tersebut mempunyai sebab, anna menjadi lebih berminat dengan ajaran Islam.
Baginya semua ajaran yang Islam ajarkan adalah sangat bertepatan dengan kehendak dirinya yang tidak begitu menyukai semua perkara yang dilarang Islam selain ajaran Islam yang begitu mudah diamalkan.
Tambah beliau lagi, antara sebab lain yang berjaya membuka pintu hidayah kepadanya ialah berlaku satu peristiwa yang amat memberi kesan kepadanya iaitu semasa pulang daripada universiti, beliau yang pulang ke rumah menaiki kereta api telah tertidur dan bermimpi ada seorang yang bertanyakan “Adakah kamu mempercayai tuhan…???” soalan tersebut membuatkan anna terkejut dan terus terjaga dari tidur. Walaubagaimanapun pertanyaan itu begitu kuat bermain di minda beliau sehinggakan beliau membuat keputusan untuk bertanyakan kepada encik zul dan dengan hidayah dan taufiq dari Allah beliau menerima Islam dan bersyahadah.
Kita harapkan semoga beliau sentiasa istiqamah dan menjadi seorang muslim yang baik yang akan mengembangkan agama Islam kepada masyarakat di Jepun.
Video temuramah dengan anna:-
Sumber:- Zon Kuliah
loading...

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close