Sayu : Bersemadi dengan TENANG cikgu .. Semoga anak-anak yang ditinggalkan dilindunggi Allah (4Gambar)

loading...
Sayu : Bersemadi dengan TENANG cikgu .. Semoga anak-anak yang ditinggalkan dilindunggi Allah (4Gambar)
Alor Setar : Anak-anak yang ditinggalkan amat mengundang pilu, mereka yatim piatu sekelip mata, mereka kini bertarung nyawa untuk kembali pulih dan trauma akibat kemalalangan yang menimpa mereka sekeluarga.
Semoga nasib anak-anak ini terbela dan setiasa dilindungi yang maha esa, walaupun mereka kehilangan tempat bergantung dan kasih sayang ayah dan ibu.
Jenazah suami isteri yang maut dalam kemalangan di Jalan Alor Punti, Pendang selamat dikebumikan dalam satu liang lahad, 6.30 petang tadi.


Pasangan guru itu, Mohd Padzil Rashid, 50, dan Masmiwaza Mohd Noor,42, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kepala Batas Pauh, Kuala Sanglang, Perlis.
Jenazah tiba di tanah perkuburan itu pada 5.30 petang dan kira-kira 60 orang termasuk ahli keluarga mangsa hadir.
Dalam kejadian 11.30 malam semalam pemandu kereta, Mohd Padzil maut di tempat kejadian manakala isterinya Masmiwaza meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Lima anak mereka berusia enam hingga 14 tahun itu pula kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).
Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta datang dari arah Titi Hj Idris menghala ke pekan Pendang untuk pulang ke rumah di Taman Setia. Namun sebaik tiba di tempat kejadian pemandu kereta terbabit hilang kawalan dan terbabas ke lorong bertentangan sebelum bertembung dengan treler.

About Brothers Sam

loading...

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close