PENDUDUK DI SITU MENGANGKA SUARA MAHLUK HALUS BERPUTAR-PUTAR DI CELAH DINDING..RUPA-RUPANYA SETELAH DI TEBUK MEREKA TERJUMPA SEORANG KANAK-KANAK YG TIDAK SIUMAN TERJATUH DI CELAH-CELAH DINDING RUMAH

loading...
Budak terperangkap dalam dinding selama 2 hari




Kanak-kanak itu ditemui selamat dicelah dinding, selepas dua hari berada disitu.
ONDO- NIGERIA. Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditemui selamat selepas terperangkap dalam sebuah dinding selama dua hari, selepas masyarakat setempat mendengar suaranya.
Kejadian yang berlaku di Ondo, Nigeria itu telah mengejutkan banyak pihak kerana, kanak-kanak itu tidak mengalami kecedaran teruk, walaupun sudah dua hari terperangkap.
Selepas ditemui, maka bertebaranlah mengenai cerita kanak-kanak itu, di dakwa menjadi mangsa korban ilmu hitam, namun selepas disiasat puncanya kanak-kanak itu yang mengalami masalah mental terjatuh di celah dinding rumah yang disewa bersama neneknya ketika cuba melarikan diri.
Apa yang mengejutkan, kanak-kanak itu tidak menangis sebaliknya menyanyi sepanjang terperangkap disitu, dan suaranya yang bergema itu telah menakutkan orang ramai.
Dek kerana suara itu sering 'berputar' selama dua hari itu, masyarakat disitu memutuskan untuk memecahkan dinding tersebut, selepas ditemui kanak-kanak itu dibawa sendiri oleh neneknya ke balai polis.
"Dia ditemui di ruang dinding yang rosak," terang si penyewa rumah itu yang bertindak memecahkan dinding tersebut.
Tatkala ditanya lanjut mengenai kejadian yang menimpa cucunya, si nenek Felicia Olaniyi, mengaku, cucunya itu cuba melarikan diri daripadanya selepas dia memaksa si kecil itu untuk ke gereja bagi merawat penyakit yang dialami cucunya.
"Dia hilang sewaktu saya mahu membawanya ke gereja," katanya petik laporan Channel Televisyen Jumaat lalu.
Katanya, dia tidak 'kisah' mengenai cucunya yang menghilang selama dua hari itu, kerana baginya cucunya itu sebelum ini sering hilang dalam tempoh masa yang lama.
loading...

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close