Gara - gara 'Unfollow' Instagram,Nana Dikatakan Kacang Lupakan Kulit -

loading...
Gara - gara 'Unfollow' Instagram,Nana Dikatakan Kacang Lupakan Kulit - Tempatan - Gosip & Hiburan

Kecoh di laman sosial bila dikatakan penyanyi Siti Nordiana kini bersikap 'kekwat' sehingga sanggup melupakan seorang pereka fesyen yang banyak membantunya.

Namun, menerusi Harian Metro dia yang mesra disapa Nana menafikan hal tersebut sekaligus mengatakan tiada apa-apa perselisihan faham yang berlaku.
“Mungkin sebelum ini dia ada salah faham dengan saya mengenai laman sosial Instagram apabila saya tiba-tiba tidak menjadi pengikutnya disebabkan masalah teknikal.
“Mungkin ada yang menganggap saya tidak menyukainya apabila tiba-tiba ‘unfollow’ Instagram miliknya. Sebenarnya saya tak ambil tahu pun siapa yang saya ‘follow’ atau tidak di Instagram. Jika ada masa saya akan memuat naik gambar dan aktiviti seni saya tetapi tak adalah saya nak lihat satu persatu siapa yang ‘follow’ atau tidak,” katanya.


Nana juga berkata bermusuh bukanlah caranya sebaliknya Nana mengambil peluang untuk menjelaskan keadaan sebenar kepada pereka itu.

“Saya tak suka nak bermusuh atau bergaduh dengan sesiapa. Soal baju, saya sedia bekerjasama dengan mana-mana pereka fesyen tanah air asalkan ia sesuai dengan konsep persembahan dan sesi fotografi,” ujarnya lagi. - CARI


Foto: Carian google
loading...

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close