Emosi Terganggu Gara - Gara Lofattah,Neelofa Luah Rasa Kecewa MUNGKINKAH ARTIS INI AKAN MENJADI SERONGULAI

loading...
Emosi Terganggu Gara - Gara Lofattah,Neelofa Luah Rasa Kecewa
Rimas dengan desakan peminat yang mengatakan tentang hubungannya dengan pelakon kacak, Fattah Amin, Neelofa telah memuat naik sebuah status panjang di laman Instagramnya.



Foto: IG Neelofa
Hubungan cinta mereka berdua yang selama ini mencetuskan spekulasi sejak lakonan bersama dalam drama rantaian, Suri Hati Mr Pilot telah menyebabkan Neelofa terbuka untuk berbicara soal hati dan ketentuan jodoh.
Mengakui yang emosinya terganggu dengan laporan media dan cakap-cakap orang, aktres jelita ini berharap peminat di luar sana memberi ruang untuk dirinya dalam soal peribadi.
Foto: IG Neelofa
"Saya harap peminat akan terus menyokong kerjaya saya dan Fattah. Cuma buat masa sekarang, saya memerlukan sedikit ruang untuk mencintai diri sendiri supaya dapat menebarkan cinta itu dengan lebih baik kepada seseorang yang istimewa dalam hidup ini," katanya.
Neelofa menambah, "Saya juga manusia biasa seperti anda juga yang mahu bernafas dalam hidup yang sama. Malah, pada satu tahap, saya rasa seperti mereka di luar sana menghakimi diri ini," katanya yang mengaku trauma setiap kali mahu memuat naik status di laman sosial."
Memetik laporan Berita Harian Online, Neelofa mengaku dirinya berasa marah dan sedih apabila membaca berita tentang kisah peribadi terutama yang memberi kesan kepada keluarga.
Foto: IG Neelofa
"Sekurang-kurangnya adalah sedikit rasa hormat terhadap keluarga saya dan Fattah. Apa yang kalian rasa jika orang luar yang seolah-olah lebih tahu segala segi cerita berbanding keluarga sendiri," luahnya lagi.
Menurutnya, dia dan Fattah sudah berbincang tentang hal ini dan tidak mahu rasa dibebani  dengan apa yang ditulis di alam maya dan akhbar.
"Soal kahwin bukan boleh dibuat keputusan dalam masa sehari. Andai ada jodoh tak ke mana-mana," katanya.
Foto: IG Neelofa
Empunya badan sudah bagi penjelasan, diharap peminat di luar sana jangan terlalu obses lagi dengan Loffatah ya? -CARI
loading...

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close